Ahli UMNO disarankan miliki FACEBOOK
KUALA LUMPUR 16 Ogos – Setiap ahli UMNO terutama kalangan pemimpin disaran menyertai laman sosial Facebook sebagai satu cara untuk menarik generasi muda mendekati parti itu. Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohd. Khaled Nordin berkata, langkah itu menepati aspirasi generasi kini yang lebih mengenali dunia Internet berbanding mendapatkan maklumat menerusi media tradisi. ‘‘UMNO perlu mula menggunakan gelanggang yang betul dan mengikut peredaran semasa supaya ia terus relevan dengan kehendak rakyat. ‘‘Untuk UMNO terus berjaya, jika kita tidak ambil tindakan sewajarnya, kita tidak akan dapat bergerak ke depan,’’ katanya. Beliau berucap merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Wangsa Maju di sini hari ini. Mohd. Khaled yang juga Ketua UMNO Bahagian Pasir Gudang berkata, penggunaan Facebook juga boleh membantu ahli UMNO meneroka pandangan generasi muda dengan lebih berkesan. Beliau berkata, UMNO perlu melakukan apa yang terdaya demi kelangsungan politik dan perkembangan orang Melayu walaupun cara itu tidak popular, drastik atau menyakitkan.
Kemudian, aku paparkan pula artikel dari blog lensa norwati ni :
Warning to Facebook members
Tahukah anda bahawa Facebook telah berjaya mengaut keuntungan sebanyak USD300 juta pada tahun 2008? Ini tidak menghairankan kerana ia disokong oleh 140 juta pengguna aktif di seluruh dunia dan sejumlah 8.5 juta foto dimuat turun setiap hari. Tahukah anda bahawa pengasas Facebook, iaitu Mark Zuckerberg dilahirkan dalam sebuah keluarga Yahudi-Amerika dan dibesarkan di Dobbs Ferry, Westchester County , New York ? Tahukah anda bahawa Mark Zuckerberg semasa menuntut di Universiti Harvard telah menggodam laman sesawang universiti untuk mendapatkan profail peribadi para pelajar tanpa kebenaran mereka? Maka, adakah jaminan terhadap profail peribadi para pelanggan Facebook tatkala kini beliau adalah merupakan CEO-nya? Tahukah anda bahawa Majalah Time telah mengiktiraf Zuckerberg dalam ranking ke 52 daripada 101 tokoh sebagai antara 'tokoh paling berpengaruh dunia iaitu sebaris dengan nama besar Barrack Obama dan Dalai Lama? Tahukah anda bahawa majalah Forbes Top400 telah menyenaraikan Mark Zuckerberg sebagai individu ke-321 terkaya Amerika daripada 400 individu lain pada 2008? Namun apa yang lebih penting, Zuckerberg merupakan individu termuda pernah disenaraikan Forbes, ketika usianya baru mencecah 24 tahun dengan kekayaan peribadi sebanyak USD1.5 billion. Tahukah anda bahawa Mark Zuckerberg, CEO Facebook adalah merupakan seorang ahli aktif kepada sebuah pertubuhan persaudaraan Yahudi Amerika Utara, Alpha Epsilon Pi Fraternity (AEPi)?
Yang aku heran tu... Bila dah Ketua sarankan, boleh pulak AJKnya keluarkan artikel lain tu... Apa nak kira CEO Facebook tu agama lain ke, bangsa lain ke, fahaman lain ke... Takde kaitan dengan Facebook... Pada aku facebook ini hanyalah aplikasi untuk komuniti. Dalam tak suka tapi ada juga profil diri sendiri dalam facebook (tupun bukak setahun sekali).
Tul lah kata orang, cakap tak serupa bikin... Tu yang aku menyampah dengan orang-orang camni ni... Auta je lebih. Pada aku orang camni cakap je pandai, tapi buat kerja hampeh....
Saranan dari Dato Khaled tu ada baiknya, sebagai salah satu sistem perhubungan sesama komuniti... dan pada aku lagi, melalui facebook jugak lah aku dapat berhubung semula dengan rakan-rakan lama samada masa zaman sekolah hinggalah ke pengajian tinggi... kan bagus tu... lain lah kalau ada orang yang jenis takde kawan...wkakakaka
p/s : Aku ada facebook, twitter, friendster dan tagged.... cuma takde myspace (untuk bebudak je)
Asskum,Inilah masaalahnya orang kita.Kita kena ikut peredaran zaman.Tgk sahaja apa dah jadi dgn PR12.Penangan IT diambil mudahlah tu!Takkan tak sedar lagi kot!
ReplyDelete