daripada Sdra Razman Hakimi Abdullah (Group Pemuda UMNO Malaysia)Kepada rakan2 seperjuangan yang saya hormati, dan tidak melupai pemerhati2 dari parti komponen BN dan pembangkang sekelian.
Pilihanraya kecil di Permatang Pasir sudah diputuskan. Rakyat akan mengundi dalam satu lagi pilihanraya kecil. Untuk saya, ia nya seperti petunjuk daripada ALLAH SWT kepada kita di UMNO, bahawa kemenangan tipis di PRU lepas tak akan dia beri kita lupakan. Kita telah turun berapa kali sudah selepas PRU lepas utk pilihanraya kecil di Semenanjung dan Sarawak ? Sabah akan jadi tak ? UMNO sudah berubah atau tidak ? Pemimpin sudah belajar dari kesilapan mereka ?
Kita adalah tulang belakang UMNO, kita lah yang buat kerja di bawah, yang lari ke sini dan ke sana, kerana kita sayang UMNO dan perjuangan nya demi Agama Bangsa dan Negara. Cukup kita menunggu dihargai kerana itu adalah perkara yang mungkin tak akan jadi. Biar kita buat dengan IKHLAS dan JUJUR, untuk menjayakan UMNO di Permatang Pasir, dan menjayakan bangsa Melayu bukan sahaja di Penang, tetapi di seluruh negara. Kenapa tidak boleh ? Saya rasa kita boleh.
Saya tengah mengikuti retreat Unit Media Baru Pemuda UMNO di Melaka, semalam sampai besok. Tidak ada mana2 Pemimpin Pemuda UMNO atau UMNO yang dijemput datang utk menyambut kita, datang ke sini. Bloggers UMNO yg mati2 berjuang utk UMNO. Tetapi saya tak kisah. Kalau saya nak kecewa, lama sudah kita telah tinggalkan perjuangan Agama Bangsa dan Negara yang dilaungkan UMNO. Kita sama2 sabar dan bersatu di bawah UMNO. Saya rasa kita boleh rakan2. UMNO dalam jiwa kita semua. Pembangkang dulu pun dari parti mana ? Yang tubuh kan parti PAS pada 1951 tu dari parti mana ? UMNO lah satu2 nya parti yang membela nasib bangsa Melayu.
Selamat berjuang kepada rakan2 yang akan turun ke Permatang Pasir, dan kepada yang lain yang saya tahu berjuang hari2 tanpa fikir dapat apa2 dari UMNO. Kita ikhlas. Allah swt yang tahu.
Salam perjuangan.
p/s : nawaitu kena betul....
']]}





0 comments:
Post a Comment