Dari MyKMU JohorPada 9hb Ogos 2008 ~ 8.00 pagi telah berlansung Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Pasir Gudang di lokasi Dewan Serbaguna Johor Jaya, kelihatannya Khalid Nordin di kritik hebat oleh perwakilan-perwakilan UMNO Pasir Gudang. Antara perkara yang menjadi ketidakpuasan hati yg diluahkan oleh para perwakilan adalah berkisar tentang :-
1) ketidaktelusan kepimpinan tertinggi UMNO Bahagian Pasir Gudang.
2) Agihan kekayaan melampau kepada orang-orang kanan Khalid Nordin seperti Hj Rozlan, Hj Bahar, Sdr. Khatim dan Setiausaha Politik Khairi Malek.
3) Kegelojohan mereka melahap hak-hak yang sepatutnya diperolehi oleh masyarakat tertentu di P.Gudang.
Pada pandangan penulis UMNO P.Gudang kini berada di dalam situasi yang sangat sukar selagi masih ada pengikut-pengikut Khalid Nordin yang rakus sehingga lupa yang di rompak adalah hak rakyat.
Ketidakpuasan terhadap kepimpinan Khalid Nordin di UMNO P.Gudang buat masa ini telah diterjemahkan dalam bentuk dalaman.
Namun jika khalid nordin dan pengikut-pengikutnya masih tidak mahu sedar dikhuatiri nanti masyarakat umum P.Gudang akan menterjemahkan nya pada PRU13 pula.
Jika ini berlaku tentunya Parlimen P.Gudang akan menjadi hak milik pembangkang.
Sehubungan itu seharusnya kepimpinan UMNO P.Gudang mencari satu jalan penyelesaian kearah memperkukuhkan kembali barisan kepimpinan UMNO P.Gudang.
* Kejatuhan Khalid Nordin dalam Politik satu hari nanti adalah di sebabkan oleh beliau merelakan pegawai-pegawainya melakukan kesalahan ini*
p/s : kena tengok "The Antics of Husin Lempoyang" , "Another Brick in the Wall" dan "youtube"
']]}





0 comments:
Post a Comment