Meminta bantuan/pertolongan dari kalangan manusia yang macam ni memang la sukar berbanding kekawan yang setaraf dengan kita... Bagi mereka yang tak berapa kaya dan hidup sederhana, masih sudi membantu walaupun tak banyak tapi sekurang-kurangnya meringankan beban mereka yang berada dalam kesusahan. Berbeza pulak bagi mereka yang "beruang" ni, menabur janji akan membantu tapi pada saat-saat diperlukan...habukpun tarak, puiiii. Yang aku anginnya, kalau taknak tolong cakap la taknak tolong... kan senang. Tak lah orang yang memohon pertolongan itu berharap, ini tidak... cakap konon nak call balik la, nak tanya bini la, itu la, ini la... sudah lah.
Memang bee alip bee yee betul lah... Setakat nak jaga nama dan reputasi dan tak sanggup kalau orang cakap bukan-bukan... sembarangan je tabur janji kosong. Dalam ramai-ramai yang berlagak ni, masih ada jugak la yang membantu... tapi bukan sedikit, banyak juga yang dihulurkannya. Sejuk hati aku tengok insan yang memerlukan ini terima pertolongan yang diminta.
Sedikit sebanyak memberi pengajaran bagi aku yang kawan setaraf dengan aku ni lebih banyak membantu dari kawan yang lebih tinggi tarafnya. Eksyen je lebih. Dan yang lebih penting sekali, tokoh yang membantu insan itu, walaupun berada di kedudukan yang lebih tinggi, tapi beliau masih lagi tunduk ke bawah dan berpijak di bumi yang nyata...
p/s : Menyesal aku tukar bahagian...
']]}





0 comments:
Post a Comment