Bila Perdana Menteri kita menyebut tentang 1Malaysia... Aku rasa itu adalah slogan yang terbaik buat kita semua. Walaupun berbeza agama dan bangsa, tapi kita duduk dalam 1 negara yang aman damai dan makmur.Seperkara lagi yang boleh kita tengok semangat 1Malaysia adalah dalam permainan "online gaming". Ni yang aku alami selama ini... Bila kita menyertai satu-satu permainan, contoh terbaiknya adalah permainan "Warcraft DotA" secara online... dimana, permainan yang melibatkan 5 peserta lawan 5 peserta. Apa yang menariknya ialah, aku tak tahu siapa keempat partner aku mahupun semua lawan aku kerana memasing menggunakan nama samaran. Tapi yang lebih menariknya, bila permainan bermula, kami akan bekerjasama untuk mengalahkan pihak lawan... tak kira partner aku tu india ke cina ke... tapi dengan kerjasama yang baik pasti kami akan menang. Dan kemudiannya, kami memasing akan "add" sebagai buddy lepas tu... Termasuklah juga bagi pihak lawan, puji-pujian takkan kami lupakan... contohnya seperti nice game dan sebagainya....
Jadi, pada pendapat aku, para belia sekarang ni dah wujud 1Malaysian dalam aktiviti permainan seperti ini... tu belum aku dijemput untuk join team Malaysia lawan team negara lain...
Aku sarankan agar pihak/parti yang bertanggungjawab lebih perbanyakkan aktiviti seperti ini kerana ia mampu memupuk semangat kerjasama yang jitu. Dan akupun bercadang untuk mengadakan perlawanan persahabatan atau aktiviti seumpama ini di tempat aku sendiri....
p/s : DotA forever...
']]}





0 comments:
Post a Comment