1Malaysia memang datang tepat pada masanya. YAB Perdana Menteri selama jadi YAB Timbalan Perdana Menteri, sudah lihat kelemahan dan kekurangan daripada pentadbiran lama, setiap Pemimpin mesti sekarang melihat apa yang YAB PM sedang cuba laksanakan, iaitu penyatuan rakyat Malaysia di bawah satu banner, iaitu 1MALAYSIA. Kenapa tidak boleh ? Kalau di pembangkang berpuluh ribu bangsa Melayu telah jadi ahli, adakah itu satu kesedaran bagi Parti UMNO bahawa ada kesilapan yang sudah terjadi, yang perlu diperbetulkan sebelum keyakinan dikembalikan kepada bangsa Melayu yang mengucap selamat tinggal kepada UMNO sebelum PRU lepas.Pemimpin bukan sahaja seorang Pemimpin untuk rakyat yang alif dan baik sahaja. Pemimpin UMNO adalah pemimpin untuk semua rakyat, tak kira bangsa dan persefahaman politik. Pemimpin UMNO mesti buang ketepi keseganan mereka untuk masuk ke kawasan pembangkang, dan buat apa yang terbaik untuk bangsa Melayu dan rakyat Malaysia. Lagu warisan jangan kita nyanyi dalam mimpi kalau Dewan Negara jatuh kepada tangan pembangkang. Pemimpin jangan tuduh akar umbi kalau kalah pada PRU depan, kerana bukan akar umbi yang ada kuasa seperti Pemimpin untuk BERUBAH ATAU DIUBAH sebelum terlambat.
Dan kini sudah jadi jelas, pengundi belia adalah target sekarang. Bawa mereka balik ke pangkuan UMNO, dengan menggunakan AGAMA BANGSA DAN NEGARA, Insyallah, kita bersama boleh berjaya. Jangan kita berjaya sekarang hanya untuk dikalahkan pada PRU depan.
p/s : BERUBAH ATAU DIUBAH.
']]}





0 comments:
Post a Comment