Dalam ucapan penangguhan di Perhimpunan Agung UMNO 2009 oleh Presidennya yang juga Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyuntik semangat baru kepada lebih 2500 perwakilan. Bahkan ia bukan untuk perwakilan sahaja tapi bagi semua ahli parti UMNO.Yang menarik dalam ucapan beliau adalah...
“Saya akan berkhidmat kepada parti selagi mana saya dimahukan malah dengan penghapusan kuota inilah akan memberi dorongan kepada saya dan ahli-ahli Majlis Tertinggi untuk bekerja lebih kuat dan bersungguh-sungguh,” ujarnya.
Beliau menekankan lagi, sekiranya mahu menjadi pemimpin perlulah mempunyai teladan yang baik dan sanggup untuk turun padang bagi melihat sendiri segala permasalahan yang berlaku
Jaaaaddiiiiii, ia sama la jugak bagi yang ada kat Pasir Gudang ni. Pemimpinnya kenalah memperbetulkan apa yang tengah tak betul ni. Dah banyak sangat aku dengar cerita yang tak molek tentang Bahagian Pasir Gudang ni. Dan ni la masanya. Lagipun yang kena "tembak" ni rasanya mereka-mereka yang pergi ke Perhimpunan tu... So, pepaham la sendiri apa yang patut korang buat. Jangan sampai Pemimpin tempat sendiri hilang kepercayaan... susah tu.
Apabila disebutnya tentang golongan muda yang tidak berminat... tu memang betul. Aku jugak salah sorang darinya. Tak minat nak berpolitik dah... aku sekadar ikut perkembangan je. Ada banyak sebab tapi senang cakap aku hanya tunggu dan lihat. Tak semestinya bila orang cakap parents aku berdarah politik, akupun kena ikut sama... Aku ikut tapi dengan cara aku sendiri. Sekurangnya aku tak perlu tunduk/akur pada orang tertentu... Banyak cara yang boleh dibuat untuk menarik minat golongan muda... dan diharapkan Pemuda Pasir Gudang perlu lebih agresif lagi... Bebudak akupun dah ramai, cuma aku simpan dalam laci... tak kasi depa menonjol sangat... kena tunggggguuuuu!!!
Dan lepas ni bila nak bawa ahli barupun nampaknya lebih senang... Tak perlu bergantung pada tandatangan satu Ketua sahaja... Tapi tak pasti pulak kalau di peringkat Cawangan??? kena pengesahan dari Ketua Cawangan gak ke??? kalau kena, punah bebudak aku ni.
Apapun, Presiden telahpun menyuntik semua ahli dengan satu suntikan maut yang perlu digunapakai... Tolong lah ikut ye!!! jangan mengade-ngade.
p/s : Kasik cocok sama dia
']]}





0 comments:
Post a Comment