Lama gak aku tak menulis kat blog ni... Maklumlah sibuk dengan pekerjaan sendiri. Sekarang ni terluang sikit masa. Lagipun dalam kesibukan aku bekerja, tak lupa untuk amik tahu sedikit sebanyak perihal politik sekitar Pasir Gudang ni. Dan dalam pada masa yang sama, aku tengah kumpul bebudak pemuda yang se"kepala" dengan aku. Setakat ni adalah dalam 15 orang, cuma aku belum submit borang je kat Ketua Pemuda Bahagian. Insyaallah, dah selesai nanti... aku buat lah. Ada lagi yang belum antar nama... tunggu masa je ni.Sekurang-kurangnye bebudak ni boleh aku monitor tiap hari. Lagipun diaorang lepak tempat aku hari-hari... senang sikit. Kebanyakannya budak bola dan selebihnya bebudak IT (atau lebih dikenali sebagai "GAMERS"... cam aku la). Diaorang ni tak mintak banyak, ada padang (bola ke, futsal ke) atau ada "event" yang menarik...diaorang on jeeeee. Bebudak gamers ni merupakan group/team aku bila kitaorang online kat garena...
Jadi kesimpulannya, bila aku dah bersedia... aku akan bawak bebudak ni tolong aku sekali... bimbing diaorang... kasi cuci sikit tentang perjuangan (tapi bukan aku la...kena mintak tolong yang veteran.) Dan yang pastinya... aku ngan bebudak takkan terpengaruh pada mana-mana pihak... maklum lah, mana-mana Bahagian ada puak2 nya. Dan, bagi mana-mana cawangan yang bebudaknya nak ikut aku... maaflah yee, aku tak paksa...tapi kalau diaorang nak ikut...nak buat camne.... wkakaka
p/s : 1gamers 1malaysia
']]}





0 comments:
Post a Comment